Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Learn Accounting The Easy Way

Laman sesawang yang sangat berguna untuk belajar perakaunan dengan mudah dan senang di fahami. Accounting Coach

Semester Baru Sesi Baru

Imej
Pada 29 November 2010 yang lepas PHT telah menerima seramai 56 orang pelajar baru. Alhamdulillah semakin bertambahlah warga PHT. Kepada pelajar-pelajar baru tahniah saya ucapkan, dan tekadkan azam untuk menempuhi hari-hari mendatang di PHT dengan cemerlang.
SANTAPAN ROHANI Sami Yusof "You Came To Me"
MODEL EKONOMI BARU Kadar pengangguran yang tinggi, kebanjiran warga asing, jenayah sosial yang berleluasa, ini adalah antara beberapa senarai hasil dari keadaan ekonomi rakyat Malaysia yang semakin meruncing. Dikatakan jika rakyat dapat menikmati ekonomi berpendapatan tinggi maka banyak perkara-perkara negatif dapat dielakkan. Untuk tujuan itu, kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri Datuk Seri Najib bin Tun Abd Razak telah memperkenalkan sistem baru ekonomi yang dipanggil Model Ekonomi Baru pada 30 Mac 2010 yang lalu. Berikut ialah teks penuh ucapan PM berkenaan Model Ekonomi Baru.
Panduan Pelajar Cemerlang Salam, Setiap kita perlukan panduan untuk melakukan sesuatu. Tanpa panduan hidup bagaikan hilang arah. Khas untuk para pelajar saya, cemerlang bukan bererti seratus peratus, cemerlang bergantung kepada tafsiran diri kita, walaupun dengan penambahan satu atau dua markah tetapi penambahan tersebut adalah hasil daripada usaha kita, bagi saya itu salah satu ciri cemerlang. Had kita, hanya kita yang ketahuinya................... Sedikit panduan untuk teknik pembelajaran yang berkesan untuk para pelajar TEKNIK PEMBELAJARAN BERKESAN
Sistem-Sistem Ekonomi Dunia Sedikit link yang boleh memberi panduan berkenaan dengan sistem-sistem ekonomi yang digunakan di dalam dunia 1. Komunis I 2. Komunis II 3. Sosialis I 4. Sosialis II 5. Sistem Ekonomi Campuran 6. Sistem Ekonomi Pasaran Bebas * Sistem Ekonomi Islam telah ditulis pada artikel sebelum ini.
SISTEM-SISTEM EKONOMI DUNIA Sedikit link yang boleh memberi maklumat tentang sistem-sistem ekonomi yang terdapat di dalam dunia untuk rujukan. 1) Komunis I 2) Komunis II 3) Sosialis I 4) Sosialis II
Sistem Ekonomi Islam Sedikit panduan berkenaan Sistem Ekonomi Islam :- i) Sistem Ekonomi Islam i ii) Sistem Ekonomi Islam ii Terima kasih kepada penulis-penulis artikel di atas. Semoga Allah membalas jasa baik kalian.
Uji IQ anda.... Tak teringin ke nak tahu IQ kita?. Cubalah link dibawah. http://www.free-iqtest.net/ Mungkin lepas ni bolehlah kita banyakkan makan kekacang untuk meningkatkan iq.
Imej
Pejabat Haiwan? Dalam perjalanan kami ke Temerloh, Pahang dari Kuantan, kami telah melintasi bandar Maran. Saya duduk di depan memangku baby, suami memandu, kak long dan abang ngah duduk di belakang. Ketika melintasi bandar Maran, kak long mencuit ku dari belakang, "Ummi, tengok tu Pejabat Haiwan?" sambil jarinya menunjuk ke arah papan tanda Pejabat Haiwan dengan penuh kehairanan, "haiwan pun ada pejabat?", tersenyum saya dan suami, ketika itu kak long baru berumur 8 tahun. Betapa jernihnya pemikiran anak-anak kan?.
Gadaian Islam Awal tahun 90an saya telah diterima masuk ke sebuah institusi pengajian tinggi awam. Dalam keadaan kesempitan kewangan keluarga kami pada masa itu, emak tak teragak-agak pergi ke kedai pajak gadai Cina di pekan berhampiran. Masih ingat lagi........rantai leher berloket berbentuk tanglung telah emak gadai.....sedih juga..... Apabila kemudahan pajak gadai Islam ditubuhkan, ianya terus menarik minat saya untuk membuat sedikit kajian. Gadai Islam telah menjadi tajuk pilihan saya bagi subjek ekonomi Islam semasa di universiti. Kemudian pada tahun 2007, saya telah menjalani latihan sangkutan selama 3 bulan di Muassasah Gadaian Islam Terengganu. Sistem ekonomi Islam menawarkan sistem 'win-win', tiada sesiapa pun yang akan rugi apabila menggunakan sistem ekonomi Islam, memang hebat. Gadaian Islam (Ar-Rahn) adalah salah satu instrumen yang ditawarkan oleh ekonomi Islam. Artikel di bawah ialah hasil daripada latihan saya selama 3 bulan di Muassasah Gadaian Islam Terengganu....
Gadaian Islam Awal tahun 90an, saya telah diterima masuk ke sebuah institusi pengajian tinggi awam. Dalam keadaan kesempitan kewangan keluarga kami pada masa itu, emak tak teragak-agak pergi ke kedai pajak gadai cina di pekan berhampiran. Masih ingat lagi, rantai leher berloket berbentuk tanglung telah emak gadai.......sedih juga..... Semenjak itu apabila wujudnya kemudahan pajak gadai Islam, ianya telah menjadi tarikan pada saya untuk membuat kajian terhadap kemudahan ini dengan lebih mendalam. Gadai Islam menjadi topik pilihan saya bagi subjek Ekonomi Islam di universiti dan kemudian saya berpeluang menjalani Latihan Sangkutan selama 3 bulan di Muassasah Gadaian Islam Terengganu pada tahun 2007. Sememangnya pajak gadai Islam in amat istimewa, ekonomi Islam menawarkan sistem 'win-win', tidak ada sesiapa yang akan rugi jika menggunakan sistem ekonomi Islam. Artikel di bawah adalah hasil daripada latihan yang saya lalui selama 3 bulan di Muassasah Gadaian Islam Terengganu. Mudah...
Imej
Salam, Kebolehan menulis sememangnya satu anugerah. Sesingkat kita menghabiskan sebuah novel/cerpen/artikel/catatan tidak sesingkat itu si penulis menyudahkan penulisan mereka. Yang penting beri peluang pada diri sendiri untuk mencuba. Laman blog ini dibina untuk memberi peluang pada diri saya sendiri mencuba kebolehan diri dalam menulis, di samping akan dijadikan wadah kepada saya dan para pelajar saya serta sesiapa saja yang diluar sana untuk menyumbang pendapat/pandangan yang berbentuk ilmiah. Telah saya katakan, untuk menghabiskan setakat 6 baris perkataan di atas saya telah menghabiskan hampir 30 minit, sememangnya bukan mudah.............. mudah-mudahan selepas ini kita lebih menghormati para penulis kita yang hebat-hebat diluar sana.......