Gadaian Islam
Awal tahun 90an, saya telah diterima masuk ke sebuah institusi pengajian tinggi awam. Dalam keadaan kesempitan kewangan keluarga kami pada masa itu, emak tak teragak-agak pergi ke kedai pajak gadai cina di pekan berhampiran. Masih ingat lagi, rantai leher berloket berbentuk tanglung telah emak gadai.......sedih juga.....
Semenjak itu apabila wujudnya kemudahan pajak gadai Islam, ianya telah menjadi tarikan pada saya untuk membuat kajian terhadap kemudahan ini dengan lebih mendalam. Gadai Islam menjadi topik pilihan saya bagi subjek Ekonomi Islam di universiti dan kemudian saya berpeluang menjalani Latihan Sangkutan selama 3 bulan di Muassasah Gadaian Islam Terengganu pada tahun 2007.
Sememangnya pajak gadai Islam in amat istimewa, ekonomi Islam menawarkan sistem 'win-win', tidak ada sesiapa yang akan rugi jika menggunakan sistem ekonomi Islam. Artikel di bawah adalah hasil daripada latihan yang saya lalui selama 3 bulan di Muassasah Gadaian Islam Terengganu. Mudah-mudahan ianya dapat memberi manfaat. Saya boleh diumpama sebagai 'budak baru belajar' di dalam membuat penulisan. Oleh itu jika terdapat sebarang kesilapan mohon maaf, dan berilah bantuan kepada saya untuk memperbaikinya.
http://www.2shared.com/file/10633883/41df3ec2/GADAIAN_ISLAM.html
Ulasan
Catat Ulasan