Gadaian Islam

Awal tahun 90an saya telah diterima masuk ke sebuah institusi pengajian tinggi awam. Dalam keadaan kesempitan kewangan keluarga kami pada masa itu, emak tak teragak-agak pergi ke kedai pajak gadai Cina di pekan berhampiran. Masih ingat lagi........rantai leher berloket berbentuk tanglung telah emak gadai.....sedih juga.....

Apabila kemudahan pajak gadai Islam ditubuhkan, ianya terus menarik minat saya untuk membuat sedikit kajian. Gadai Islam telah menjadi tajuk pilihan saya bagi subjek ekonomi Islam semasa di universiti. Kemudian pada tahun 2007, saya telah menjalani latihan sangkutan selama 3 bulan di Muassasah Gadaian Islam Terengganu.

Sistem ekonomi Islam menawarkan sistem 'win-win', tiada sesiapa pun yang akan rugi apabila menggunakan sistem ekonomi Islam, memang hebat. Gadaian Islam (Ar-Rahn) adalah salah satu instrumen yang ditawarkan oleh ekonomi Islam. Artikel di bawah ialah hasil daripada latihan saya selama 3 bulan di Muassasah Gadaian Islam Terengganu. Saya diumpama 'budak baru belajar' di dalam bidang penulisan, oleh itu saya mohon maaf di atas segala kesilapan di atas artikel yang ditulis, dan mohon supaya di beri tunjuk ajar untuk memperbaiki kesilapan.

http://www.2shared.com/file/10633883/41df3ec2/Gadaian_Islam.html

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini