Sistem Ekonomi Islam

Sedikit panduan berkenaan Sistem Ekonomi Islam :-

i) Sistem Ekonomi Islam i
ii) Sistem Ekonomi Islam ii

Terima kasih kepada penulis-penulis artikel di atas. Semoga Allah membalas jasa baik kalian.

Ulasan

  1. Assalamualaikum... Saya dari DAT2B telah membaca artikel yang telah puan sediakan itu. Disini saya ingin memberi sedikit komen tentang artikel tersebut. Saya rasa artikel yang puan sediakan ini menarik dan memberi sedikit sebanyak input tentang ekonomi islam. Malah saya rasa pendapat yang puan berikan wajar dan tepat seperti yang telah dipelajari. Saya rasa kekangan yang dihadapi oleh pengeluar tidak akan menjejaskan ekonomi islam tersebut. Disini juga saya ingin mengajukan beberapa soalan yang saya kurang faham tentang artikel ini. Apa kaitan kajian empirik dgn pengajian islam? Adakah sistem mudharabah tidak boleh diguna pakai dalam islam? dan, betul ke bank islam mengamalkan sistem riba sekarang? Saya rasa itu saja yang dapat saya komen tentang artikel puan ini. Sekian terima kasih....
    NAMA AHLI KUMP: (DAT2B)
    AINUR AMIZAH BT ALIAS
    MUNTAZIMAH BT ENDOT
    MAIZATUL MUNIRAH BT ABD GHANI
    NURULHUSNA BT ABDULLAH
    ZULAIKA BT ZAINUDDIN

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,
    kami dari kelas DAT2B ingin memberikan sedikit pandangan terhadap apa yang telah puan tulis. Banyak perbezaan antara sistem ekonomi Islam dan sistem ekonomi konvensional,antaranya ialah sistem ekonomi Islam mengamalkan kaedah yang memberi manfaat kepada semua orang yang mengamalkannya berbanding dengan sistem ekonomi konvensional yang lebih menjurus kepada unsur-unsur judi, riba, gharar, maisir dan sebagainya.

    Hasil pembacaan artikel puan,sistem ekonomi Islam 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas' kerana sistem ini telah diamalkan oleh orang-orang pada zaman dahulu lagi. Generasi akan datang diharapkan agar terus mengamalkan sistem ekonomi ini.

    Diharapkan puan akan memberikan lebih banyak info dalam artikel puan yang seterusnya.
    sekian...

    Wassalam..

    26DAT09F1037
    26DAT09F1041
    26DAT09F1060
    26DAT09F1057

    BalasPadam
  3. assalamualaikum..

    kami dari kelas DAT 2A, ingin memberi sedikit pendapat tentang artikel yang puan tulis. sistem ekonomi islam adalah sistem ekonomi yang adil serta bersumberkan Al-quran dan hadis. sistem ini juga mendapat keredhaan Allah dan menjamin kebajikan masyarakat. sebagai mana yang kita tahu matlamat perancangan ekonomi islam dihubungkan dengan keperluan masyarakat dan boleh berubah mengikut perubahan suasana tertakluk pada Al-quran dan sunnah. pada pendapat puan apakah objektif khusus perancangan ekonomi islam ini???
    Di dalam artikel puan,terdapat sedikit kekeliruan berkaitan dengan modal iaitu perbezaan antara modal ekonomi islam dan ekonomi konvensional.Kami ingin mengetahui dengan lebih terperinci lagi berkaitan dengan modal yang kami keliru.

    Diharapkan puan membalas persoalan-persoalan yang kami tujukan. Sekian dari kami,

    Ummu Hatika Najwa Binti Hassan(26DAT09F1025)
    Nur Hamira Binti Hamid(26DAT09F1010)
    Ruzzana Fatin Binti Mamat(26DAT09F1012)
    Nur Fhatma Binti Mohd Nor(26DAT09F1004)
    Noor Asma Binti Amran(26DAT09F1003)

    BalasPadam
  4. assalamualaikum...
    kami dari klas dat2b telah membaca artikel yang telah puan sediakan.Kami rasa artikel yang puan sediakan ini menarik dan memberi sedikit sebanyak pengetahuan tentang ekonomi islam kepada kami. Malah kami rasa pendapat yang puan berikan wajar dan bersesuaian seperti yang telah dipelajari.Tapi kami ada satu pertanyaan iaitu tentang penghapusan pasaran bon.Pasaran bon digunakan dengan meluas oleh korporat dan kerajaan untuk mendapatkan dana bagi membiayai projek-peojek pelaburan.adakah kerajaan tidak akan mendapat dana untuk menjalankan projek-projek pelaburan jika tidak menghapuskan pasaran bon?.
    Diharap puan dapat menjelaskan kekaburan yang kami hadapi ini.

    26dat09f1050
    26dat09f1049
    26dat09f1052
    26dat09f1059
    26dat09f1034

    BalasPadam
  5. assalamualaikum.puan
    kami dari Dat2a ingin memberi sedikit komen tentang apa puan dh lakukan.artikel puan sangat menarik untuk di baca,saya sendiri pun tertarik dgn artikel puan.Disini saya ingin mengatakan tentang teori penggunaan,saya rasa tidak wajar la klau sesuatu firma hanya mnejalankan segala usahanya untuk mencapai jumlah hasil memaksimumkan keuntungan semata-mata,tetapi sebaliknya kita harus mengambil kira dari segala aspek agar tidak ada berlaku kegiatan haram seperti penindasan, riba, penipuan dan sebagainya..Hal lain ,yang saya dapat komen adalah tentang cabaran-cabaran para cendikiawan atau tokoh-tokoh islam untuk mengembang dan memantapkan ilmu ekonomi islam,kita patut menghargainya,kerana beliau telah mengkaji dan menyelidik tentang islam..kami berharap agar puan berpuas hati dengan komen kami yang xsebeberapa ini. Sekian,terima kasih..

    Anis Syazwani
    Nurul Atirah
    Mohd Firadus
    Mohd Hakim
    Mohd Azham

    BalasPadam
  6. salam puan..
    kami dari DAT2A telah membaca artikel yg tlh puan catatkan. artikel yg puan catatkan amat menarik kerana ia memberikan banyak input penting tentang sistem ekonomi di malaysia.melalui sistem tersebut maklumat yg kami perolehi amat meluas, banyak perbezaan di antara sistem tersebut.intipati maklumat yg kami terokai sekarang semakin meluas dari sudut ekonomi. kami ingin tahu dgn lebih lanjut tentang sistem sekular?
    di hrp puan dpt memberi tunjuk ajar kpd kami semua.
    sekian


    26DAT09F1008
    26DAT09F1023
    26DAT09F1019
    26DAT09F1015
    26DAT09F1017

    BalasPadam
  7. salam puan,

    kami dari DAT2B..selepas membaca dan memahami semua artikel.kami mendapati bahawa ekonomi islam adalah ekonomi yang terbaik berbanding ekonomi konvensional di mana ekonomi konvensional yang banyak melakukan penindasan pada rakyat.Pada pendapat kami,ekonomi konvensional tidak sepatutnya dipraktikkan di dalam negara-negara islam seperti negara kita sendiri(Malaysia).sebagai sebuah negara islam,kita sepatutnya mengamalkan ekonomi islam kerana ekonomi islam ini terdapat dalam kitab suci Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T sebagai panduan umat manusia.Kalau difahami dengan lebih mendalam,ekonomi islam ini tidak mempunyai sebarang keburukkan kerana ia berkonsep win-win.Islam itu amat indah,tidak ada sebarang keraguan di dalamnya termasuklah juga sistem ekonomi islam.

    sekian dari kami,wasalam

    NORSAFIRAH (26DAT09F1048)
    NOOR SABRINA (26DAT09F1042)
    KU FAZLINA (26DAT09F1062)
    SITI ZURAIHA (26DAT09F1054)

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum...

    Kami pelajar dari DAT2B telah membaca artikel yang telah dicatat oleh puan. Disini kami ingin menyatakan bahawa kami amat tertarik dengan artikel puan mengenai ekonomi islam. Setelah membaca artikel ini, kami dapat mengetahui dengan lebih terperinci dan meluas tentang ekonomi islam. kami mendapati ilmu ekonomi islam jauh lebih baik daripada ilmu ekonomi konvensional. ilmu ekonomi islam lebih kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat manakala ekonomi konvensional hanya mementingkan keuntungan di dunia semata-mata. Sistem ekonomi islam diamalkan sejak zaman Rasulullah lagi yang boleh dijadikan panduan kepada manusia pada masa kini. Apa yang kami kurang faham disini ialah tentang faktor pengeluaran tanah yang telah dinyatakan oleh puan iaitu tanah merangkumi kekayaan dan khazanah yang terdapat di bumi, laut dan udara. kami kurang faham tentang kekayaan di udara...

    Harap puan dapat memberi komen balas tentang persoalan kami.

    Sekian dari kami..

    NURUL SYAZANA BT MAKHTAR 26DAT09F1031
    SARIYAH BT AWANG NGAH 26DAT09F1047
    SITI NOR SHAZWANI BT MARZUKI 26DAT09F1056
    WAN NOR SHAFINI BT WAN AB. AZIZ 26DAT09F1032

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum puan...
    Kami dari kelas DAT 2A telah membaca artikel yang telah puan paparkan. Kami ingin memberi sedikit pandangan mengenai sistem ekonomi Islam. Pada pendapat kami sistem ekonomi Islam dan sistem ekonomi konvesional telah banyak diguna pakai oleh masyarakat masa kini. sebagai pelajar kita harus mengkaji bagaimana untuk menarik masyarakat terutamanya masyarakat Islam untuk menggunakan sistem ekonomi Islam. ini kerana sistem ekonomi konvesional banyak menggunakan unsur riba dan penindasan. secara amnya sebagai pelajar kita harus memberi kesedaran kepada masyarakat Islam bahawa sistem ekonomi Islam menjamin kekuatan agama Islam di negara kita. Setakat ini dahulu komen dari kami.
    Sekian, terima kasih.

    NORAISHAH AMALINA BT MOHD (26DAT09F1026)
    SITI AISHAH BT JAAFAR (26DAT09F1028)
    SYAMIMI BT CHE ISAN (26DAT09F1016)
    NORSYAHIDATUL SYUHADAH BT HASMAWI (26DAT09F1006)
    SITI NOR AZHANI BT MAT RAZALI (26DAT09F1024)

    BalasPadam
  10. nur
    Assalamualaikum Puan...
    Kami dari pelajar DAT2A telah membaca artikel Puan.Banyak pengetahuan dan input berguna yang kami peroleh melalui artikel Puan.Kami tertarik dengan artikel Puan iaitu Ar-Rahn yang berkonsepkan 'win-win'.Sistem ini banyak menolong rakyat dalam menyelesaikan hutang melalui gadaian barang kemas.Dengan menggunakan sistem ini,rakyat tidak ditindas oleh mana-mana pihak.Persoalannya,kenapakah sistem konvensional tidak dihapuskan di Malaysia sekiranya sistem ini menggunakan unsur riba?
    dan diharapkan masyarakat khususnya masyarakat Islam dapat mengunakan gadaian melalui sistem Islam kerana ia memberi manfaat kepada semua.

    Sekian dari kami,wasalam...

    NUR AMIERA BT AZHAR (26DAT09F1009)
    NUR AMALINA BT ZAMRI (26DAT09F1021)
    ROHASMIRABT CHE IBRAHIM (26DAT09F1007)
    NURAIN BT AZMI (26DAT09F1030)
    NORHIDAYAH BT MOHD ARIFFIM (26DAT09F1022)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini